Tuesday, May 6, 2008

SELAMAT HARI IBU (10 MEI 2009)


Buat ibuku yang tercinta...yang tersayang...dan yang terhebat
you are the greats mother in the world
terima kasih kerana menjadi ibu,sahabat dan teman anak2mu...
jasa dan pengorbanan ibu mmg tiada tandingannya....
mak,doakan kejayaan anakmu ini...
dalam menyelusuri kehidupan yang penuh dugaan ini....


TERIMA KASIH IBU.....
I LOVE YOU...I MISS YOU...




- dedikasi khas buat ibuku dari puteri-puterimu-


untuk,
PN NORIAH BTE DOLMAT


# ucapan ini juga ditujukan khusus buat ibu.emak.mama.umi.mami or sesiapa saja yang bergelar ibu di dunia ini...

#hari ibu bukan pada 10 mei sahaja...hari2 adalah hari ibu...hehehe





JADI BLOG NI AKAN BAKAL TERBENGKALAI LAGI...
MUNGKIN AKAN DI UPDATE BILA ADA FREE ATAU WAKTU BALIK KAMPUNG JERK!!!!
JANGAN LUPA TUNGGU POSTING SAYA AKAN DATANG OK!!!
KEPADA BLOG NI,JAGA DIRI BAIK2,INGAT KAT SAYA SELALU....
ASSALAMUALAIKUM...
DOAKAN JUGA KEJAYAAN SAYA DALAM MENUNTUT ILMU...
"KEJAR CITA2 DULU,BARU KEJAR CINTA"
CITA2 = PHARMACIST
CINTA = I'M NOT READY YET!!!
HIDUP KHAIRUL BARIAH!!!
BAHAGIA,MENUJU MARDHATILLAH....
ILAL IQA' WA MAASSALAMAH

Hangat !!!!

hangat???apa bende lah yang hangat ek???
saja jerk sebenarnya...tajuk nak bagi gempak ckit...
actually,sebenarnya hehehe....keputusan saya dah bulat...
saya akan @ bakal menjadi student matrix melaka....
pasai upu tu????
TAK DAPAT!!!!HUHUHUHUHU....
tapi takpe lah kan....
belajar kat mana2 pun sama gak...
mungkin ada hikmah ke saya disuruh studi kat ctu...
who knows???only ALLAH knows,right...
about 4 days left for me before i'm going to the matrix...
rasa seram,gerun,takut,excited semua mixed together...hahahaha
rasanya mungkin ok kot sebab matrix melaka ni oun dekat jerk ngan umah...
10 min dah sampai hahaha....lagipun,,,,
mak n ayah boleh datang tiap2 minggu....

Thursday, April 24, 2008

Perkembangan Terkini...

dah lama sebenarnya saya tak update blog ni...
sekarang ni nak cerita la ckit tntg perkembangan diri saya hampir sebulan kebelakangan ni...
saya dah diterima untuk melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi melaka...
kolej ni dekat sangat dengan rumah...so macam takde rasa apa2 pun..hehe..
tapi sebenarnya belum decide lagi nak masuk matrik ke tak...
sebabnya result upu akan keluar 3 mei ni...mesuk matrik lak 12 mei...
jika saya diterima upu untuk buat farmasi samaada di uia,uitm atau um...saya akan pergi...
jadi keputusannya masih unknown heheh....

kawan2 pun ramai gak yang dapat matrik...yang diketahui ada 3 matrik yang bakal dihuni oleh ex-student 5sc1 spm 2007 iaitu matrik melaka,n9 dan pahang....lela,janah,muhaimin,naim,fadhil,n fizan (n9)....aku,fidah,eka,kushairi,khalid (melaka)....
dua beradik setia hassan n aziz (pahang)....

mmm...rasanya cukup smpi di sini dulu...esok sambung lagi yerk...assalmualaikum :):):):)

Tuesday, April 15, 2008

ALHAMDULILLAH AKU DITERIMA MASUK UNTUK SAMBUNG STUDY KAT KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Friday, March 28, 2008

Dah lama sangat saya tinggalkan web blog ni....
rasanya dah penuh berhabuk dan bersawang...
lately,takde masa tuk saya online...ada tanggungjawab yang lebih penting untuk dijalankan...
kena jadi babysitter la pulak...kena jaga adik sepupu....
penat jugak jaga budak kecik ni...sabarrrr jela....
ok la...sampai cni dulu...
nak sambung tugas balik..
assalamualaikum....

Friday, March 14, 2008

seLamaT pENganTIN BARU...






SelAmat Pengantin Baru buat Akhi NaBIl Fareast n zaujahnya,Ukhti Suzana

Thursday, March 13, 2008

Kenduri Kesyukuran...


antara muslimat yang hadir

smpt pos ngan mak....


hmm,,nyamnyam..


Tadi sat baru lps buat kenduri kesyukuran dgn arwah...penat sungguh rasanya..tapi kugagahi jua untuk blog ni..hehe..malas la nak komen skang ta[i ada some pic untuk dijadikan tatapan...









Wednesday, March 12, 2008

ALhAMDULILLAh wa SyuKUrillah




akhirnya aku dapat juga keputusan spm ku...alhamdulillah aku memperoleh 7A 4B...SEKARANG NI HANYA YANG AKU FIKIR HANYALAH KEBESARAN ALLAH DAN PENGORBANAN IBU BAPAKU...
Terima kasih ya allah kerana engkau telah mendengar rintihan ku setiap hari...terima kasih mak n ayah kerana telah memberikan aku ilmu pengetaHUAN di dunia dan akhirat....akak telah berjaya menghadiahkan keputusan yang agak cemerlang pada mak n ayah...insyaallah akak akan berusaha untuk belaJAr dengan lebih tekun lagi di peringkat tinggi nanti...
kepada adik,along n angah yang banyak memberikan semangat untuk aku gigih berusaha...buaT ibu dan bapa saudaraku terutama busu n pakngah yang banyak memberi bantuan kepadaku samaada dari segi kewangan mahupun kata-kata motivasi...

buat sahabat2 ku akan aku ingat kalian hingga akhir nyawaku...tapi malangnya tadi tak dapat jumpa ngan diorang sebab datang lewat...kat sini bolehlah tengok keputusan penuhku...
BM : 1A
BI : 3B huhu
Agama : 1A
Sejarah : 1A
Mathematics : 1A
Add math : 2A
ICT : 1A
Physics : 3B HUHUHU
Chemistry : 2A
Biology : 3B
EST : 4B
BOLEHLAKAN....
ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH


Tuesday, March 11, 2008

TAKUTTT....YA ALLAH BERILAH YANG TERBAIK BUATKU.....

PERGI DULU YERK !!!!!

SMKGB, WAIT FOR ME.....

Monday, March 10, 2008

1 HarI laGi

apakah persediaan aku untuk menempuh esok hari???
bagaimana perasaan aku selepas memperoleh keputusan???
adakah aku boleh menerima keputusan tu nanti???
atau aku akan jatuh terduduk disebabkan aku mendapat kptsn yang tak dijangka....
bagaimana pula aku selepas ini???
ke mana???
ke matrikulasi atau terus buat diploma ke ipt atau ke maktab perguruan????
kos apa pula yang akan aku pilih???
farmasi @ perubatan @ pendidikan @ perundangan @ kejuruteraAN ????

TIDAKKKKK
SEgalanya akan terjawab esok .......
esookk adalah penentu hidup aku 30 tahun akan datang.....
moga yang terbaik akan ku perolehi esok,ya Allah....
aku akui kelemahan diri.....
aku insafi kekurangan ini.....
aku kesali kejahilan ini .....
kasih sayang dan petunjuk dari Mu amat aku perlukan untuk melayari kehidupan ku ini......
BUAT MAK DAN AYAH,INSYALLAH YANG TERBAIK AKAN KU HADIAHKAN.....


HIDUP KHAIRULBARIAH !!!!!! (hehe...nak sedapkan hati jer tu...)

Ehem....

hmmm...rasanya dah lama tak update blog ni..hampir2 3 hari gak la..ni pun sebab baru habis baik demam selsema n batuk...kifarah dosa agaknya...

alhamdulillah,selepas adakan faMIly discussion hari jumaat aritu,mak n ayah ttpkan yang along akan kahwin pada bulan 10 tahun ni..mungkin lepas aidilfitri la....terperanjat gak masa tu..dah nak kawin dah abangku tu...hehe...angah pulak mungkin pertengahan 2009 nnt...aku?????hehehe...lama lagi ah (result spm pun tak dapat lagi)....walimah along kat cni nnt sederhana jerk...takde pelamin takde kompang....tapi tu baru plan...harap2 plan tu tak menjadi la...hehe..apa namanya walimah tanpa kompang n pelamin...hehe...tu pendapat saya la...

pastu,nak citer pasal result spm lak...tentu ramai sahabat2 sebaya aku skang ni tgh takuttt...its same goes with me...mak dah janji kalau aku dapat 7a keatas,mak niat nak buat kenduri...tapi bolehke???taknak la citer pasai spm ni sgt2,nanti takut tak dapat apa yang diingingi....

jadi setakat cni jelah untuk pertemuan kita kali ni,k...assalamualaikum..ilai'iqa' wa maassalamah....

Friday, March 7, 2008

Munajat SeOrang Hamba

Telah aku lawan nafsuku
setiap waktuKu cuba berkali-kali,
ku gagal lagi.Aku tak putus asa,
ku lawan lagi.Namun aku tak mampu,
ku kalah juaOh Tuhan,
bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan,
Kasihanilah aku.Jangan Engkau biarkan akuTuhan,
bantulah aku kasihani aku jangan biarkan
bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu
Kalaulah Engkau terus membiarkankuKu
akan berterusan ke lembah dosaOh Tuhan,
nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku
ketika ku ingin mentaati-Mu
Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu,
ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nantiTuhan,
ku akan mencuba lagiMelawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan
Di dalam sembahyang ini kuharapkan
MuBerikan padaku cinta
dan takutkan-MuSebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-MuOh Tuhan,
bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsukuTuhan,
dalam sembahyangku Bersihkan jiwaku,
lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku...

The BeAutY Of WomAN

The beauty of a woman Is not in the clothes she wears,
The figure that she carries,Or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen from in her eyes,
Because that is the doorway to her heart,
the place where love resides.
The beauty of a womanis not in a facial mole,
But true beauty in a womanIs reflected in her soul.
It is the caring that she lovingly gives,
The passion that she shows,
And the beauty of a woman
With passing years-only grows!
You don't stop laughing because you grow old;
you grow old because you stop laughing
COPY AND PASTE BY ME!!!!

daH naK dAPAT AbaNg n KakaK IPAr dah...




A few weeks ago,alhamdulillah abang n kakak aku melangsugkan hari pertunangan diorang....ada are some pic untuk dijadikan tatapan...

didoakan semoga diorang bahagia hingga ke jinjang pelamin....aminnnn...

nizam n lela

nisa' n ruzli

semoga dirahmati allah taala...








Ceramah Pas Sebelah Rumah

hihi..haha..huhu..tak sangka lak malam ni ada ceramah pas sebelah umah...esok nak buang undi,malam ni pi dengar ceramah dulu...baru la 'class' undi kita tu...tapi malangnya aku ni belum cukup umur lagi...

Tapi ada sesuatu yang agak memalukan parti gak la...ada ke pihak penganjur pasang lagu dangdut...lagu tu dipasang 10 minit lepas azan maghrib lak tu....rasa-rasa macam nak bagi jerk koleksi kaset-kaset nasyid yang aku ada kat diorang...suruh diorang pasang...

tapi takpela...manusia mana yang tak buat khilaf...yang penting perjuangan diorang...tapi kekadang disebabkan hal remeh-temeh nilah yang akan merugikan kita,betul tak?????
yang baik dan sempurna tu datang dari Allah Ta'ala dan yang buruk dan tak sempurna tu datang dari manusia...moga-moga kita semua berada dalam lindungan Allah ta'ala...Aminnnn

Thursday, March 6, 2008

IsTimeWanyA sEorANg WaniTA

Renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya dan bertuahnya menjadi wanita. Bagi kaum lelaki, hormatilah kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri. Berikut adalah himpunan hadis-hadis yang berkenaan.Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya) Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya". Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun). Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya). Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat." "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat." "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian." "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya." Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat." Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
ibuku....nyibuk jerk budak baju merah ni..
mesra sungguh 'KLIK2' aku nie..hehe..


Wednesday, March 5, 2008

DaRI waNIta unTUk WAniTA

Wahai permata antara kaca
lihatlah panorama dunia
wanita bagaikan hilang rasa malunya
maruah yang menjadi maharnya tergadai sia tiada berharga
di manakan budinya,
di manakah akhlaknya
sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
santun tiada lagi,
nafsu memimpin diri
kehormatan diri tidak peduli
Wanita..
mari menginsafi kepada asal fitrah kejadianmu
diciptakan untuk dihormati
sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
kembali kepadaNya
kembali kepada RasulNya
pasti dihadirkan taufik hidayahNya
Wanita..
kembalilah ke arah kemuliaan
contohi peribadi ummul mukminin
Rasulullah dijadikan suami
tertawan kerana keluhuran pekerti
bukan kerana harta dan nama
tetapi kerana budi yang disanjungi
Wanita...
perhiasan dunia bagai kilau permata antara kaca
sayangnya makin pudar cahayanya hingga tiada beza antaranya..
Thank you Hijjaz...

Seperti YANg DiJAnjiKAn

inilah puteri2 mak n ayah...
saya,adik,angah
the rest esok lah...

Tuesday, March 4, 2008

sIAPA diriKU...

Hari ni hari kedua utk blog ni...
nama ana Khairul Bariah bte Kassim.lahir kat johor tapi menetap kat melaka
kiranya macam orang johor+melaka la...
ana anak ketiga dari 4 beradik...
sebenarnya,ana ni sdg menanti result spm 12 mac ni...kira2 umur ana ni baru 18 tahun....
insyallah 5 julai ni genaplah umur ana 18 tahun...
sekarang ni nak cerita pasal keluarga ana pulak...ayah ana seorang warga pendidik mnkla mak ana surirumah...abang ana doktor kat muar (lupa lak nama hospital tu..) kakak ana menjadi waris pertama ayah ana...seorang warga pendidik kat jb...(nama sekolah dia pun lupa)adik ana pulak masih study lagi...tahun ni dia form 2...
insyaallah pas ni ana uploadkan photo keluarga ana...

Saya baru Nak posting Kat sini

Bismillahirrahmanirrahim....
Hari ini 4 Mac 2008 merupakan hari pertama ana ada blog sendiri...
selama ni asyik merayau blog orang lain jerk...
teringin gak nak ada blog sendiri..
ALHAMDULILLAH kerana tika ini lahirlah blog yang ana idam2kan...
'DISEBALIK TIRAI KEAGUNGANMU'...
mudah2an ana akan setia disamping blog ini...