Wednesday, March 5, 2008

DaRI waNIta unTUk WAniTA

Wahai permata antara kaca
lihatlah panorama dunia
wanita bagaikan hilang rasa malunya
maruah yang menjadi maharnya tergadai sia tiada berharga
di manakan budinya,
di manakah akhlaknya
sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
santun tiada lagi,
nafsu memimpin diri
kehormatan diri tidak peduli
Wanita..
mari menginsafi kepada asal fitrah kejadianmu
diciptakan untuk dihormati
sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
kembali kepadaNya
kembali kepada RasulNya
pasti dihadirkan taufik hidayahNya
Wanita..
kembalilah ke arah kemuliaan
contohi peribadi ummul mukminin
Rasulullah dijadikan suami
tertawan kerana keluhuran pekerti
bukan kerana harta dan nama
tetapi kerana budi yang disanjungi
Wanita...
perhiasan dunia bagai kilau permata antara kaca
sayangnya makin pudar cahayanya hingga tiada beza antaranya..
Thank you Hijjaz...

No comments: